Sunday 23 September 2012

it's about baby Naiim

mmmmm.. harini genap 33 hr bersalin @ 33 hari usia si cilik. pagi tadi dahpun g klinik kesihatan utk rawatan dan terima cucuk usia 1 bulan. alhamdulillah. nangis sekejap ajer masa cucuk td. nursepun bgtau cucukni xkena deman. so, harap2 xjadi apa2lah utk kesihatan si cilikni.

Sepanjang usia @ perkembangan sejak lahir agak memuaskan. sekarang berat dah 4.5kg. berat masa lahir 3.38kg. masa lahir spt yg telah dciritakan dlm post sblmni xbermasalah. tp masuk hari ke 9 kelahiran; baby disyaki ada "kuning". kenalah g klinik utk ambik darah. sempatlah berulang alik ke klinik 4-5 hari ambik darah. klinik nak pantau tahap keseriusan "kuning". cian sungguh rasanya. bergilir-gilir kaki utk kena cucuk. kita yg "tua"nipun sakit bila kena cucuk, nikan pula baby lagi.

Usaha cara kampung turut dibuat. mcm mana? mandi air daun belimbing buluh. dauntu diramas2 hancur. masuk dlm air mandian baby. tp mesti bertapislah sbb xnak dauntu melekat kt badan baby. mandilah pagi dan petang. alhamdulillah. nampak penurunan "kekuningan" baby. 

mmmm.. nak citer pasal apa lg tentang si cilikni ; owhh!! tali pusat si baby tertanggal pada hr ke-10. cepat sikitlah dari si kakaknya. org tua2 kata klu tali pusat lambat tertanggal anak "degil" sikit. itu kata org tua2la.  percaya atau tidak bergantung pada pegangan masing2. walau apapun pandangan; harapan kita semua ibu bapani mestilah xnaklah mana-mana sifat2 yg negatiftu terlekat pada anak2. aminn.

Gambar babyni banyak diambil tp guna h/p. notebook adikni "1 malaysia"punya xada b/tooth. so kena tunggu dulu utk upload. skrgni baby mengalami susah nak hadam susu. susu slalu ajer keluar balik bila dah nyusu. terlalu kerap. masa mula2 dulu siap kluar muntah mcm air terjun. skrgnijer dah kurang aksi mcmtu. dah refer doktor. dr kt kena biar kepala tinggi lbh kurang 20-30 minit selepas menyusu. nak bg susu mengalir masuk secara perlahan-lahan. org tua2 kata kena bg baby "sendawa". tp si baby naiimni xjln caratu. dah sendawapun susu masih kluar lg. so kena buat semuanya utk keselesaan baby. 

sekarangni salah satu kegemaran si baby naiim ialah tidur di atas kepala bahu... mak ckp mcm budak besar. walau apapun; aku ibunya memang rasa gembira dengan perkembangan si naiim. 


Saturday 1 September 2012

Keajaiban dan kekuasaan Allah

Assalamualaikum...

Syukurnya Ya Allah; tanggal 20 Ogos bersamaan 2 Syawal tatkala semua org masih dalam mood raya; aku selamat melahirkan bayi ke-2 dan kali ini seperti yang dijangka oleh kami (aku, suami dan ammni; putri sulungku) tanpa scan canggih dr klinik ianya sah "baby boy". sukanya aku sbb kini anak dah sepasang. 

Hebatnya kuasa Allah. mengandung kali ini memang berbeza dari yang pertama. sbb itu naluriku kuat mengatakan kali ini adalah baby boy. putri cilikku pula sejak kami memberitahunya dalam perut "ibu" ada baby terus ajer cakap babynya "baby boy".

Hebatnya kuasa Allah. mengandung kali ini; rasanya hingga ke 5 bulan, aku masih mengalami alahan (loya). agak lama jugakla xmasuk dapur, so yg masak2 adalah hubbyku. klu rasa agak2 malas, kami makan kt luar. hidungku pula sepanjang mengandung selalu keluar darah. xboleh bersin langsung. mula2 risaula jugak tp bila dr. kata itu perubahan hormon; so layan ajerlah. sepanjang masa itu juga; balik ajer kerja mesti rasa nak melepek (baring) ajer. malas dan penat. 

Hebatnya kuasa Allah. suami cakap baby kali ini cepat keluar (seminggu awal) dr tarikh jangkaannya iaitu 28/8. cuma xtahu bila. so kami putuskan hanya putriku ammni yg beraya di kampung. pulang berpuasa masa cuti Nuzul Quran terusjer tinggal di sana. risau sbb nanti xde yg jaganya klu aku masuk hospital. kami beraya di kl sbb xnak berlaku apa2 kejadian yg tidak diingini dlm perjlnan pulang beraya. almaklumlah kl-trganu bukannya dekat. lgpun aku dah rasa tanda2 utk bersalin. 2 minggu yg akhir ini asyik muntah ajer hinggakan terpaksa tinggal pose 4 hari.  

Hebatnya kuasa Allah. lahirnya Muhammad Naiimfitri Alkhusyairie dengan sakit yang sendiri datang. ini berbeza dengan kakaknya. overdue 1 minggu. masuk ubat (3 kali ubat); 2 hari sakit + muntah + berdarah; barulah lahirnya Nurul Ammni Solehah. Kali ini .. mlm raya aku dah rasa sakit2 + keluar darah. Ohh!! lupa; kami (nenek, emak, aku dan adikku; hadibah) jenis yang muntah + keluar darah. tp masih boleh bertahan. sakit xkuat sgtla. lgpun aku xnak g hospital mlm raya; nanti xpasal2 beraya di sana. persediaan raya cukup ala kadar. hanya rendang daging yg kami masak. lemang ditempah saje. itupun 2 batang. baju raya; langsung xada. pakai yg lama. yg penting raya pertama masih dirai. mlmnya pula sempat pergi beraya rumah kakak ipar suami. hajatku kesampaian sbb dapat merasa "tapai pulut". nikmatnya tak terkira. k.long ada cakap "lepasni boleh bersalinla :)"

Hebatnya kuasa Allah. balik dr rumah k.long hampir2 pukul 11 mlm. aku mula sakit sampai xboleh berdiri; so suami putuskan utk ke hospital. sampai sana terus kena tahan sbb jln dah terbuka 3cm. mlmtu tido di wad; darah mula keluar tanpa henti. lbh kurang pukul 4 lbh; aku mula rasa sakit mcm nak "meneran". kol 5 lbh nurse check dan bgtau perlu standby ke bilik bersalin. dlm pukol 6.10-6.15 aku dibawa ke sana. 6.37am; putraku selamat dilahirkan. ajaibnya kuasa Allah. terasa mudah bersalin kali ini. klu yg pertama dulu; pukul 10 pg dibawa ke bilik bersalin dengan perut yg kosong sbb xblh mkn. mkn ajer muntah. 8.08mlm baru lahirnya cahaya hati. 1 jam sekali kena tunggu "jalan terbuka". memang terasa berbeza sbb disaat akhir dr. terpaksa vacuum baby kerana aku dah tak berdaya utk meneran. tp yg ajaibnya; masa mengandung aku langsung tiada masalah.

Hebatnya kuasa Allah. hari ini dah 13 hari usia bayiku. kesihatanku dan kesihatannya bertambah baik. moga tiada apa2 yang berlaku sepanjang proses pembesarannya nanti. Semoga besarnya putera-puteriku nanti bisa menjadi anak yg soleh dan solehah; dapat berbakti pada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. 
Aminnn ... Aminnn Ya Allah. 

bayiku yg ke-2; Muhammad Naiimfitri Alkhusyairie bin Mohd Zailani.
Masani usia Naiim dah 8 hari; kt kampung
Terpaksa pakai selimut warna pink sbb si kakaknya terlalu obses dengan warnatu.
Ammni mahu baby guna barangnya juga klu tidak merajuk panjang.

Monday 23 July 2012

konvo kali ke-2

Pada 10/7/2012 ... berlangsung Majlis Konvokensyen IPGM ; alhamdulillah dibuat di Dewan Sri Siatan, Putrajaya. blhlah menghadirkan diri.  kengkawan yg duk semenjungpun hadir. seronok berjumpa semula selepas masing-masing sibuk dengan tugas dan keluarga. lagipun posting jauh-jauh. kekangan masa utk berjumpa.

Geng Sarawakpun ramai yg datang. tp kebanyakkannya yg pompuanjerlah. yg bestnya !!! ahli keluarga ; mak, abah dan adik2pun dapat sertai. paling bermakna "anugerah pelajar cemerlang akademik" menjadi milikku .. anugerah yg tidak disangka2. dapatlah plug (berat), sijil dan voucher RM100 (kedai buku). alhamdulillah. berkat kesabaran berjauhan dengan anak dan keluarga. inilah nilai harganya ....

selesai majlis ; bergambar di depan pentas utama

bergambar ; berdua 

geng Malaya ; dr kiri (chah, ila, liza, ct dan kak shida)

geng yg sama ; berkongsi suka duka di bumi orang 
teman study @ teman praktikal @ teman sebilik

mak dan abah

suami tersayang
bersama Ketua Jabatan HEP ; IPG Kampus Rajang

sebahagian ahli keluarga yg datang merai ...

putriku sayang 


bertiga +  1
my family



birthday putriku

huhuhu... lamanya tak upload cerita; banyak kisah yg tertinggal.

12/4/2012 - genap usia putriku 3 tahun. banyak celoteh dan ragam ...

sambutan secara ala kadar. yg penting ada kek utk tuan putri

kek princess !!!! 

putriku ; ammni solehah 

bersama cik g dan cik alang

bersamaku yg selekeh .. hehehehe
bersama abah, ibu dan kakak Bella .









Monday 28 May 2012

cuti skolah datang lagi !!!

hehehe... suka gaklah sbb cuti datang lg. nampaknya ada peluang dan masa untuk update blog. terlalu banyak story mory yang perlu luahkan. klu hr biasa2 ... rutin yg sama dengan tugasan skolah yg xpernah habis. bercuti tp tugas2 sampingan tetap mengiringi.. huhuhuhu... semlm sehari di tapak perkhemahan @ Ulu Yam. hrni lak g skolah; nak tukar langsir. sempat tanggal ajer. esok sambung; maybe dapat siaplah. markah belum isi dlm sistem. kertas karangan belum bertanda. kerja! kerja! dan kerja!!!!!

Tuesday 13 March 2012

hari ke4 percutianku

Assalamualaikum ....

mmmm.. oleh sbb cuti, byk masa rileks; so blhlah berblog. just share apa yg dibuat sehari-harian. pagi td dah hbskan satu kelas buku kerja budak2. ada lg 2 kelas. bersantai2 ajer sbb cuti ada lg. hrni ada mood nak ngemas & masak. badanpun dah ok. xada loya2 lg. tp masak yg simple2 ajer dulu. ikan singgang+bendi, ikan goreng, telur dadar & sambal tempoyak. cukuplah kot utk santapan ahli keluarga.

petangni lepas hbs tgk citer Bella; nak ajar hubby g carrefour beli rak utk letak buku2. selamani barang2tu tersimpan dlm kotak. sejak balik dr Sarawak, semuanya masih dlm kotak. 2-3 mingguni br perasan yang tikus selalu ajer lalu2 areatu. maybe dah buat sarang dlm kotak2tu. risau jugaklah kalau semuanya terlambat. buka ajer; dah musnah dilanyakk tikus.

masalah tikus bukan berlaku kt rumahni ajer. rasanya semua rumah kt taman ini mengalami masalah yg sama. gerampun ada gak. hrtu dah pasang getah tikus. sekali kena; boleh tahan gaklah. hilang kejap. skrg ada balik. mungkin nak kena buat lagi. 





Monday 12 March 2012

lagi 1 bulan ....

Assalamualaikum....

Hari ini 12/3; lagi satu bulan genaplah usia putri sulungku 3 tahun. xsabar nak celebrate birthdaynya. xpayah buat besar2pun. bgnya cukup dgn sebiji kek. tahun lepas sambut bersama keluarga tp sambutan di awalkan kerana tuntutan si ibu yg sedang belajar. Rasanya tahun ini bolah plan buat meriah sikit kot... hehehe. 

gambar kenangan "birthday girl" tahun lepas ... 
 
seronok beli kek!!!

sambutan bersama tok mak, atok , cik g, cik teh, cik su dan pak cik di kampung

Ammni yg teruja utk memotong kek !!
Imbas kembali detik kelahirannya; Ammni lahir terlebih hari. Ibu kena masuk wad dan masuk ubat/air utk cepatkan proses kelahiran. sakitnya Allah sahaja yg tahu. bila diingat2 mcm serik nak "bersalin" lagi. masuk wad hari jumaat. pd sabtu masuk ubat; ingatkan sakit malamtu dah bersalin tp rupanya tak. just keluar darah. sepanjang hari pula langsung xblh makan. masuk makanan ajer; muntah. jadinya memang dah xada tenaga. hari ahad; doktor check, jalan br buka 2cm. masuk ubat lg tp pgtu dah tolak masuk wad bersalin sbb pendarahan yg tak henti2. bayangkan masuk dlm sana dah tak blh mkn apa2. masuk pukul 10pg. Ammni lahir pukul 8.08pm. lama duk dalam sana. itupun last2 terpaksa guna vacuum gak sikit sbb aku dah tak terdaya. doktor bimbang anak lemas sbb kepala keluar masuk bila di push2. Ammni dah keluarpun, jahitanku pula bermasalah. terpaksa jahit sekali lagi tanpa ubat bius. sakitnya bagai tak terkata. 

Ammni pada usia 2-3 hari di hospital.
Nurul Ammni Solehah

Si cilik kesayangan keluarga. almaklumlah cucu sulung!!!
seronok!! pertama kali naik flight. balik kampung nak jumpa tok mak & atok.
Mungkin Allah nak mengujiku; mengandungkan Ammni langsung xbermasalah. tiada alahan atau sakit ibu2 mengandung yang lain seperti kaki bengkak, kencing manis atau darah tinggi. Alhamdulillah; usia Ammni nak masuk 3 tahun ini, aku disahkan mengandung lagi. memang sesuai nak dapat adik. tp kali ini sangat-sangat berbeza. usia kandungan dah masuk 4 bulan tp masih lg alami alahan. xblh bau2 yg kurang enak; pasti loya. badanpun lemah ajer. masak-memasak dah lama xbuat. mujur hubby memahami dan sedia membantu. dialah yang jadi tukang masak sekarangni. 

Semoga detik-detik yang kurang enak ini cepat-cepat berlalu. Aku juga berharap kandunganku ini tidak mengalami apa2 masalah semasa proses kelahirannya nanti dan lahir dalam keadaan sempurna sifatnya. Aminnn.

Sunday 11 March 2012

hari kedua percutian

Assalamualaikum.....

coretan ibu utk hrni ... kain baju akhirnya habis dilipat semalam. puas hati tengok rumah dah clear. pagini pulak menanda buku2 kerja anak didik. tp sebenarnya masih byk yg belum bertanda ... huhuhuhu. 

ni buku kerja PSK. tp yg ini xde masalah nak menanda. maybe mlm ini blh siap sbb jawapan dah ada.

buku2 ini yg bermasalah untuk ditanda. buku kerja BM. banyak kena buat pembetulan sbb nak semak ayat (karangan). sebuah bukupun ambil masa yg lama. huhuhuhu.

tp malas dan rajin mcm mana sekalipun; memang inilah sebahagian daripada tugas sebagai seorg pendidik. layan ajerlahhhh ....

Saturday 10 March 2012

cuti sekolah bermula

   
Assalamualaikum... 
lama tersangat lama nak share sesuatu dlm blog ibu .... banyak ceritani..
mmmmm. cuti sekolah seminggu. masa utk merehatkan minda dan tenaga. tp xjugak kot..
 
 hari pertama bercuti. tp terlalu banyak perkara yg hendak ibu lakukan.
 dlm bonet kereta penuh dgn buku2 yg hendak ditanda, rumah perlu ibu  kemas, baju kain yg berbakul2. itulah yg hendak dibasuh dan dilipat. 
nampaknya cuti seminggu penuh dgn aktiviti dalaman. 
ibu memang xplan nak g mana2pun. ongkospun kurang... huhuhuhu.

hari dah 10/3; maknanya dah hampir 2 bulan hubby ibu xkerja. hrtu berhenti kerja tempat lama sbb xtahan 
dengan big boss yg byk cakap. ibu ok ajer sbb memang tahu hubby dah lama bersabar.
cuma dulu masa yg xmengizinkan memandangkan ibu masih blajar dan kemudiannya dpt postingpun agak lambat. mula2 hubby duk rumah.. ibu agak "angin" jugak. mungkin jugak sbb berbadan dua. mood memang xstabil sgt. adajer benda yg xkena.
mana taknyer... balik kerja . PENAT! tgh rumah BERSEPAH. geramlah. tp masuk minggu ke-2; keadaan dah jd ok sikit. hubby mula masak utk lunch dan kemas sikit2 ala dialah. tp oklah sikit.

ada lg hal yg ibu geram. kali ini tentang anak bujang si Nashriq. sampai sekarang masih tidak bekerja. 
adalah minta2 kerja. masalahnya memilih gaji yang mahal dan ikut kawan. suruh sambung blajar dah tak nak. 
tak tahu apa nak jadi. ibu dah malas nak tegur. abahnyapun @ hubby ibupun tidak bertegas sgt dgn anak2. 
klu dpt kerja; pergilah 2-3 hari, xpun 2-3 minggu (paling lama bertahanpun) ; lepastu adajer alasan "motor rosak, kwn xdtg, ketuanya bising2 sedangkan dia xde salah apa2".. tp ibu dah tau ; memang jenis diani xblh org tegur. tp klu sikapni yg xdiubah... nampak gayanya xkemana-manalah...

mmm.. siputri kecil ibu; hrni badan panas2. risau sbb skrgni musim denggi. apapun blh jadi. 
abahnya br baik deman. hrtu ammni dpt deman mlm. siang hr ok. tp bila mlm badan panas sehingga suhu 39'C. 2 minggu lepas lak... muntah2. terpaksa bg zental sbb risau kot kena cacing .. maybe perut masuk angin jugaklah. tp siangtu mcm ok ajer. mkn nasi dll.

hobi terbaru putriku .. ngadap laptop. klu dulu upin ipin dan lagu kana2. tp skrg dah pandai minta tom & jerry dan larva. takpun lagu2 ..
masa deman haritu... cian sungguh tgk. xbermaya langsung.
last2 week gak, ibu bawa ammni g tgk wayang. tp citer adnan sempit. dia happy sangat tp biasalah budak2 cepan boring. maybe sbb bukan citer dia. 2 kali gak ar kluar g tandas.. ibu plan minggu ni nak bawak ammni g tgk seefood. citerni citer dia .... 


tunggu citer ni main lak... mesti ammni suka. i like muik..muik.. nyanyinyer


ok.. ibu berhenti sini dulu. ammni dah meragam.demanlah katakan ...

Monday 6 February 2012

lamanya ....

lama jugak tak berblog dan berfb. bukan apa .. maybe sbb kejutan kerja. sape kata kerja cikguni senang dan banyak masa rehat. semua itu adalah kata-kata org yg bukan dlm bidang ini. aku? yap.. isnin hingga jumaat. klu waktu persekolahan memang xde masa free sgt. nak nanda buku, sediakan bbm utk next p&p dan adajer kerja yg menggunakan waktu lapang yg sedikit. jadual lak boleh tahan .. penuh. 7-8 waktu setiap hari. memang penat. klu petang rabu ada perjumpaan utk aktiviti koko.. sampai pukul 5. tiap2 mlm sediakan rancangan mengajar utk esok harinya. pendek kata; memang xde masa lapang.

hari minggu brlah hr utk kemas rumah dan lipat kain baju yg dah berbakul2. bila ditanya pada cikgu2 lain.. memang mcmtulah rutin kecuali yg pakai org gaji. minggu ni ... putri kesayangan deman. tp demannya tinggi waktu mlmje. klu siang ..suhunya mcm ok sikit. sudahnya ; merenget ajer. tidopun nak berdukung dgnku. dgn org lain... maaflah. dia xnak. aku hampir terbabas dr tido satu mlm. mujur xlewat ke skolah.

skolah menanti kunjungan nazir pada 9/2 nanti. semua guru mesti ngajar guna bbm utk haritu. pening gak kepala duk memikir tentang hari itu.. risau tak terkata ... harap semuanya berjalan lancar utk hr itu. aminnnn