Sunday 23 September 2012

it's about baby Naiim

mmmmm.. harini genap 33 hr bersalin @ 33 hari usia si cilik. pagi tadi dahpun g klinik kesihatan utk rawatan dan terima cucuk usia 1 bulan. alhamdulillah. nangis sekejap ajer masa cucuk td. nursepun bgtau cucukni xkena deman. so, harap2 xjadi apa2lah utk kesihatan si cilikni.

Sepanjang usia @ perkembangan sejak lahir agak memuaskan. sekarang berat dah 4.5kg. berat masa lahir 3.38kg. masa lahir spt yg telah dciritakan dlm post sblmni xbermasalah. tp masuk hari ke 9 kelahiran; baby disyaki ada "kuning". kenalah g klinik utk ambik darah. sempatlah berulang alik ke klinik 4-5 hari ambik darah. klinik nak pantau tahap keseriusan "kuning". cian sungguh rasanya. bergilir-gilir kaki utk kena cucuk. kita yg "tua"nipun sakit bila kena cucuk, nikan pula baby lagi.

Usaha cara kampung turut dibuat. mcm mana? mandi air daun belimbing buluh. dauntu diramas2 hancur. masuk dlm air mandian baby. tp mesti bertapislah sbb xnak dauntu melekat kt badan baby. mandilah pagi dan petang. alhamdulillah. nampak penurunan "kekuningan" baby. 

mmmm.. nak citer pasal apa lg tentang si cilikni ; owhh!! tali pusat si baby tertanggal pada hr ke-10. cepat sikitlah dari si kakaknya. org tua2 kata klu tali pusat lambat tertanggal anak "degil" sikit. itu kata org tua2la.  percaya atau tidak bergantung pada pegangan masing2. walau apapun pandangan; harapan kita semua ibu bapani mestilah xnaklah mana-mana sifat2 yg negatiftu terlekat pada anak2. aminn.

Gambar babyni banyak diambil tp guna h/p. notebook adikni "1 malaysia"punya xada b/tooth. so kena tunggu dulu utk upload. skrgni baby mengalami susah nak hadam susu. susu slalu ajer keluar balik bila dah nyusu. terlalu kerap. masa mula2 dulu siap kluar muntah mcm air terjun. skrgnijer dah kurang aksi mcmtu. dah refer doktor. dr kt kena biar kepala tinggi lbh kurang 20-30 minit selepas menyusu. nak bg susu mengalir masuk secara perlahan-lahan. org tua2 kata kena bg baby "sendawa". tp si baby naiimni xjln caratu. dah sendawapun susu masih kluar lg. so kena buat semuanya utk keselesaan baby. 

sekarangni salah satu kegemaran si baby naiim ialah tidur di atas kepala bahu... mak ckp mcm budak besar. walau apapun; aku ibunya memang rasa gembira dengan perkembangan si naiim. 


No comments:

Post a Comment