Friday 4 October 2013

Thursday 29 August 2013

Jom tengok cuti-cuti Malaysia 2014

Jadual Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah tahun 2014 di Malaysia. Kalendar cuti sekolah 2014 dapat membantu anda  sekeluarga untuk merancang percutian semasa anak-anak sedang cuti sekolah. Semoga jadual dibawah dapat membantu anda untuk merancang aktiviti dan percutian pada tahun depan.


kalendar 2014



kalendar-cuti-umum-2014 holidays-2014 public-holidays-2014 kalendar-cuti 2014


Sumber: Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2014 Malaysia | melvister.com 

Tuesday 6 August 2013

SEKELUARGA

Kali ini post gambar keluarga sahaja ; kira2 yg terbaharu. 
Masani keluar makan untuk sambut besday si abang sulong @ anak teruna. 
Kami sekeluarga sambut cara makan bersama di luar. 
Kadang2 beli kek atau hadiah. 
Pilihan kali ini western food @ bike cafe sg. buloh



















alhamdulillah ; kenyang





Pose dah nak habis... raya pulak menjelang

2013 .. raya pertama anak ibu si Naiim .. diam tak diam dah setahun; lahirnya pada 2 syawa. tahun lepas tak balik kg beraya sebab risiko perjalanan jauh. lgpun masatu dah sarat sangat. bila2 masa boleh bersalin. ibu hanya post kakak ammni ajer.

terkini; suka sangat dapat main air

2013 .. raya pertama & kedua rumah keluarga abah dulu di Gua Musang & Machang. alhamdulillah... dengan sumber kewangan yang terhad, dapat juga menyiapkan persiapan raya untuk anak2. ibu & abah pakai apa yg ada ajer. Baju anak2 ; tambah 2-3 pasang jer lg sbb masa kenduli alang dah membeli baju baru. masih elok sbb baru sekali dua dipakai (xde g jalan man2.huhuhuhu). untuk nashriq & nabilah ; macam biasala ..bg duit ; beli sendiri.

2013 .. raya pertama tanpa ibu mertua (meninggal masa raya haji tahun lepas) ; so, kami blk rumah angah. 2013 .. juga raya pertama bg alang dan pak alang sebagai suami -isteri.. (kahwin 1/6/2013), raya pertama pakteh dan cikteh sebagai ibu dan bapa ..





Saturday 18 May 2013

Minggu-minggu akhir di bulan Mei

Diam tak diam dah nak habis bulan Mei. Alhamdulillah; perancangan "kewangan" berjalan lancar setakat ini walau ada sedikit yang terbabas. Yang pasti ; 2 kenderaan nadi penggerak dapat di"hidupkan" untuk kelangsungan perjalanan & urusan di atas dunia. 

2-3 minggu ini cuaca di KL sangat2 panas. anak2 deman + batuk + selsema. Alhamdulillah deman tak berlarutan; namun si kakak masih ada saki baki batuk + selsema. mungkin sebab malas makan ubat. adik Naiim pulak; mingguni batuk mula berkurang. tetapi semlm adalah antara hari yang mendebarkan ibu. 

Cerita bermula petang Jumaat dlm pukul 6; Naiim bgn dr tidur dan tetiba muntah; muntah yg byk. hbs kluar isi mknan yg dimkn rumah "mama". Masatu duk fikir ... maybe sakit perut & makanan xsempat hadam sbb td masa ambil dr rumah "mama"; mama ckp dia makan banyak. jadi ; lap, mandi & nyusukan dia. lepas nyusu ; muntah lagi. kalini kluar susu ajer. dlm hati dah mula risau. tunggu abah balik; g makan . kat kedai muntah lg. balik rumah, salin baju , sapu ubat .. tidur. 

mlm dlm pukul 3 lebih ; naiim muntah lg. dah lembik. kalini banyak. semuanya susu sbb dia memang kuat minum susu. xboleh "tertanggal dr puting" walaupun sedang tidur... mesti tanggal masa dia dah betul2 nyenyak. so atas katil muntah lg; pindah katil bilik sebelah .. dlm pukul 5 ... muntah lg .. pukul 7 lebih muntah lg .. last dalam kol 8.30 pg muntah tp kali ni xkuar susu; kluar lendir2 kuning ..

pergi klinik doktor check ; masih angin ; perut kembung sbb maybe kerap menyusu & pam angin sekali + baby masa batuk berkahak dia akan telan kahaktu; xpandai buang .. ini salah satu cara dia buang kahak selain dr "membuang"...  Alhamdulillah ; balik dr klinik sampai petangni xde lg muntah2. 

Hero hati ibu .. 

Sepanjang Naiim sakit; ada 2 perkara yg ibu risau ...
1) takut2 ada bahagian dalam badan yg sakit ; susah nak jangka sbb bayi 
2) takut2 Naiim tertelan sesuatu sbb dia ni jenis "mengutip "

Fuhhh .. lg seminggu bersekolah sblm cuti panjang ; Naiim boleh balas dendam bermanja dengan ibu. Cutini yang pasti balik kg sibuk sedikit sbb cik alang nak kahwin. Harap2 semuanya berjalan lancar. Minggu sebelum cuti masih ada tugasan untuk ibu .. menanda kertas , urusan buku teks + bilik BOSS (SPBT) .ada org nak datang pantau . 


Saturday 6 April 2013

MALASNYA !!!!

Cuti hujung minggu; ibu xada plan nak pergi mana-mana. Nait hanya nak mengemas rumah; kain baju banyak yang tidak berlipat (1 week collection).huhuhu... lagipun abah budak2ni kerja hari ini dan esok. klu ada pun mungkin pergi melepak rumah cik de Hadibah Hanim. 

Sekarang anak2 tidur lg. Ibu nak sambung tidur rasa macam xde ngantuk sangat. apa lagi .. menaip satu entry. walaupun niat sebenar buka laptop nak masukkan markah PBS / KSSR budak yr 1 & 2. malasnyerrrr!!!!!!

Sepanjang 1 minggu bersekolah. Minggu yang sibuk jugak sebab membawa murid / guru pengiring / pengurus pasukan untuk Kejohanan Badminton Peringkat MSSD Petaling Utama. Budak2 dapat mara hingga ke suku akhir sahaja. 

Sebenarnya dlm entryni nak tulis & masukkan gambar 3rd generation of Ali Sulong. tp sebab malas; kira2 postpone ajelah. si baby Naiimpun dah bagi hint2 mcm nak bangun. so... lain kali ajerlah :(

oooo ... sebelum ibu lupa; minggu depan 12/4 besday kakak Ammni ... alhamdulillah.. anak ibu dah semakin besar tahun demi tahun; dah boleh diharap; dah kenal baik buruk sesuatu perkara: Azam ibu, genap umur kakak Ammni 4 tahun; mesti baca buku & mengaji. selama ini dah tahu, dah baca tp belum betul fix masa; main2. ikut keadaan kakak; malas xbaca, klu rajin baca. so mulai 13/4/2013... kena istiqomah. 

Saturday 30 March 2013

KUMPUL DUIT


Hahaha .... lama xmenulis; sekali tulis 3 entry di post berturut2.

Kejapjer masa berlalu. Seminggu cuti rasa sekejapjer. Esok dah hari Ahad. huhuhuhu; Isnin dah buka sekolah. Bermakna dah 1/4/2013, bulan ke-4 tahun 2013. Lepasni tiada lagi cuti panjang. Ada tidaknya ialah pada akhir bulan 5. Bulan paling sibuk buat kami sekeluarga.

Berkaitan dengan tajuk "kumpul duit"; aku memang sedang berusaha ke arah itu. Memanglah semua orang suka duit dan ingin duit banyak. Siapa yang tak mahu lebih2 lagi zaman sekarang semua orang perlu pakai duit.

Duit! duit! duit!

Syukur alhamdulillah. Suamiku dah mula kerja dalam konteks yang sebenarnya. Lama jugak dia bercuti dan hanya buat part-time job. So, incomepun part-time ajerla. Perit jugak bila aku yang terpaksa menanggung hampir kesemua kos hidup bekerluarga. Sekarangni aku selalu beringat2 padanya bahawa dia dah xboleh ambil cuti lagi. Kena kumpul balik duit yang dah habis banyak ... huhuhu.

Soalnya kenapa sekarang perlu sangat kepada duit itu?

1) Cik Alang (Hasimah binti Ali); adik yang no. 5 nak berkenduri pada 1/6/2013. Jadinya mengumpul duit untuk dihulur padanya atau pada mak abah. Adab hidup bekerluarga; susah senang bersama. Lagipun mak abah bukan orang senang.


Ni dia ; Cik Hasimah binti Ali ...
ooo April ni besdaynya . berkongsi bulan dengan Nur ul  Ammni Solehah & Nur Jannatul Raudhah
2) Nak balik kampung berkenduri pastinya pakai duit ; petrol & tol. Jalan2 sana sini. Selalunyapun kalau balik kampung mesti kos terlebih guna. Belum masuk yang berjalan rumah saudara mara. Sesekali jumpa; nak jugak hulur-huluran sebagai tanda ingatan. Tapi balik kali ini mesti xde jejalan sangat. Tapi yang pasti 8/6/2013 tu akan berada di Segamat untuk majlis sebelah pihak lelaki. So, standby duit untuk perjalanan itu.

Kenangan bersama tunangnya di Hari Pertunangan. En. Hisyam Basabah.
25/8/2012 ; kalau ikut tradisiku dan kedua2 adikku Hadibah Hanim dan Hadawiah,
tempoh pertunangan kami selama 1 tahun.
Alang xsampai 1 tahun sebab permintaan dari  keluarga Hisyam; mak abahnya nak g Mekah lepas raya. 

3) Hahaha... yang ini risiko kalau berkenderaan. Kedua2 harta pinjaman Allah kepadaku ini akan tamat tempohnya insurans dan road taxnya pada bulan 5. Nak tak hendak kenalah renew sebelum tarikh balik kampung. Apatah lagi salah satunya adalah kenderaan yang aku gunakan untuk ke tempat kerja. So... mesti! Duit lagi... huhuhuhu,

Dah hampir setahun usianya bersamaku. Pembelian yang tak disengajakan. konon xnak tambah hutang. cukuplah dengan yang ada si Wira. tp sebab projek "kerja suami". belila yang ini. kami pilih yang besar untuk keluarga besar. 
si Wiraku WKV ...
mula bersama kami pada tahun 2005. Sangat2 berjasa walaupun beli yang 2hand. Setakat ini xpernah mengalami kerosakan yang major. Alhamdulillah. dah habis bayarpun pada bulan lepas... 

4) April it's coming. So bulan kelahiran putriku Nurul Ammni Solehah. Juga berkongsi bulan dengan cik alangnya dan Raudhah. Kena standby hadiah ler. Aku belum bincang dengan suami nak beli apa untuk anak ini. Tapi yang pasti kek dan jamuan adalah pasti sebagai tanda ingatan walaupun xjemput orang luar. Ahli keluarga sahaja.
Budak kepoh ibu dah besar ....

Si kakak Ammni bersama si Raudhah. Ahli kedua dalam generasi ketiga keluargaku. 
Chaiyoookkkkk!!!! untuk diri sendiri & semua ahli keluarga. Misi cari duit $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

JALAN-JALAN @ ICT, SHAH ALAM

Oleh sebab dah bercerita dalam entry yang lepas, so ini adalah cerita bergambarnya ...

get ready !!!! nak jengjalan, prepare anak2

Naiim & Atok ;
malamtu Naiim xde duduk dalam beg sandang, gilir2 dukung sbb abah ikut sama.

Cik De yang sangat2 TERUJA @ JAKUN sikitla

sangat2 cantik pemandangan lelampu yang berwarna-warni.
tak cukup bilangan ahli; biasanya kalau jalan2 mesti lagi MERIAH bilangannya.

me, cik de, atok & anak2

cantik kan? lampunya laaa.

my heart ; ammni solehah

action !!! nak jugak tiru aksi couple sebelumni bergambar...

teruja sesangat dapat naik...
benda alah ini !!!! RM 10 per body. melayang duitnya. 

KERJA GILERRRRRRRRRR

alkisahnya.. petang ini tetiba saja nak taip nama penyanyi yg diminati; dah lama xdengar citer. NURUL WAHAB.. sekali jumpa blognya. apa lagi; bila anak2 dan suami dah tidur.. layan baca entrynya dr mula sampai yg terbaru ... dah xde kerja. layan ajer sbb masih BERCUTI. klu time kerja jangan harap nak berjaga macm ni.

gambar lama sebenarnya. kebetulan pula minggu ini anak2 deman ...
Anak2 ibu deman minggu ini. mungkin sebab cuaca. semalam pengasuh @ mama budak2ni cerita budak2 rumahnya; aiman, k.mira (anaknya) dan baby Iman pun deman. tdpun dlm fb sue wati duk cerita tentang anak2nya si Batrisya dan Aniq yang juga deman. Deman juga menyebabkan ibu terpaksa cencel nak g jalan2 rumah cik teh kat JB. maybe lain lain. risau jugak. harini dah baik dan ok.. tetiba jalan2 jauh.. melarat lagi. lagipun anak2 jenis deman malam. 

Cuti sekolah; buat kali pertama lah sejak berkerja tetapni, tak balik kg. bukan apa. mak barujer datang sini sebab kes budak2ni deman campak (Raudah dan Ammni). datang tengok cucu siap bawa 'air tawar' + daun untuk mandi. hahahaha... nak jadikan cerita; bila nak balik kampung si kakak Ammni nak ikut. aku benarkan sebab adik (cik g) ada untuk tengok2kan. kalau nak harapkan tok mak dan atok; mungkin tidaklah sebab tok mak kerja; balik kerja penat. lagipun masatu duk fikir mungkin masa cuti nanti boleh balik dan ambil si kakak.

Habisjer seminggu di kampung; Ammni deman. mula merenget-renget nak balik KL. so minggu lepas hari Selasa Atok datang hantar. Jadi xjadi balikla aku dan cik de. bercutilah aku di KL. Life hanya duk rumah dan ulang alik rumah cik de di Selayang sepanjang keberadaan Atok di sini. Sebelum atok balik, sempat bawa atok jalan2 ke ICT kat Shah Alam. 1st time sampai. mak aiii!!! boleh tahan mahal tiket nak main2 permainan kat situ.

So, untuk tak hampakan Ammni; aku bawanya naik kereta pusing. itupun tiket RM10/man. naik 4 orang; melayang RM40 + parking . Hajat dihati nak datang lagi. simpan duit dulu sbb kali ni datang nak main salji. RM 35 tu masih ok klu seorg tp klu nak datang tempat macamni mesti nak beramai2. barulah happy dan meriah. so kosnya pun mesti meriah terutama bagiku yang berkeluarga MERIAH. nanti nak sewa alatan2 pun kena berbayar dengan RM jugak... huhuhu.

Gambar2 berICT ada dalam kamera. rasa malas pulak nak turun bawah. mungkin next entry baru postlah. only for pic. .... lama xmenulis. blog macam dairi. share apa dalam otak. just to be happy. syok sendiri. orang baca ok; xbacapun ok. apa sajalah .

Thursday 14 March 2013

Trip ke-2 @ FRIM

Trip bulan Februari. kali ini bersama cik alang dan anak2 sahaja. 

enjoy the pictures ....