Saturday 30 March 2013

KUMPUL DUIT


Hahaha .... lama xmenulis; sekali tulis 3 entry di post berturut2.

Kejapjer masa berlalu. Seminggu cuti rasa sekejapjer. Esok dah hari Ahad. huhuhuhu; Isnin dah buka sekolah. Bermakna dah 1/4/2013, bulan ke-4 tahun 2013. Lepasni tiada lagi cuti panjang. Ada tidaknya ialah pada akhir bulan 5. Bulan paling sibuk buat kami sekeluarga.

Berkaitan dengan tajuk "kumpul duit"; aku memang sedang berusaha ke arah itu. Memanglah semua orang suka duit dan ingin duit banyak. Siapa yang tak mahu lebih2 lagi zaman sekarang semua orang perlu pakai duit.

Duit! duit! duit!

Syukur alhamdulillah. Suamiku dah mula kerja dalam konteks yang sebenarnya. Lama jugak dia bercuti dan hanya buat part-time job. So, incomepun part-time ajerla. Perit jugak bila aku yang terpaksa menanggung hampir kesemua kos hidup bekerluarga. Sekarangni aku selalu beringat2 padanya bahawa dia dah xboleh ambil cuti lagi. Kena kumpul balik duit yang dah habis banyak ... huhuhu.

Soalnya kenapa sekarang perlu sangat kepada duit itu?

1) Cik Alang (Hasimah binti Ali); adik yang no. 5 nak berkenduri pada 1/6/2013. Jadinya mengumpul duit untuk dihulur padanya atau pada mak abah. Adab hidup bekerluarga; susah senang bersama. Lagipun mak abah bukan orang senang.


Ni dia ; Cik Hasimah binti Ali ...
ooo April ni besdaynya . berkongsi bulan dengan Nur ul  Ammni Solehah & Nur Jannatul Raudhah
2) Nak balik kampung berkenduri pastinya pakai duit ; petrol & tol. Jalan2 sana sini. Selalunyapun kalau balik kampung mesti kos terlebih guna. Belum masuk yang berjalan rumah saudara mara. Sesekali jumpa; nak jugak hulur-huluran sebagai tanda ingatan. Tapi balik kali ini mesti xde jejalan sangat. Tapi yang pasti 8/6/2013 tu akan berada di Segamat untuk majlis sebelah pihak lelaki. So, standby duit untuk perjalanan itu.

Kenangan bersama tunangnya di Hari Pertunangan. En. Hisyam Basabah.
25/8/2012 ; kalau ikut tradisiku dan kedua2 adikku Hadibah Hanim dan Hadawiah,
tempoh pertunangan kami selama 1 tahun.
Alang xsampai 1 tahun sebab permintaan dari  keluarga Hisyam; mak abahnya nak g Mekah lepas raya. 

3) Hahaha... yang ini risiko kalau berkenderaan. Kedua2 harta pinjaman Allah kepadaku ini akan tamat tempohnya insurans dan road taxnya pada bulan 5. Nak tak hendak kenalah renew sebelum tarikh balik kampung. Apatah lagi salah satunya adalah kenderaan yang aku gunakan untuk ke tempat kerja. So... mesti! Duit lagi... huhuhuhu,

Dah hampir setahun usianya bersamaku. Pembelian yang tak disengajakan. konon xnak tambah hutang. cukuplah dengan yang ada si Wira. tp sebab projek "kerja suami". belila yang ini. kami pilih yang besar untuk keluarga besar. 
si Wiraku WKV ...
mula bersama kami pada tahun 2005. Sangat2 berjasa walaupun beli yang 2hand. Setakat ini xpernah mengalami kerosakan yang major. Alhamdulillah. dah habis bayarpun pada bulan lepas... 

4) April it's coming. So bulan kelahiran putriku Nurul Ammni Solehah. Juga berkongsi bulan dengan cik alangnya dan Raudhah. Kena standby hadiah ler. Aku belum bincang dengan suami nak beli apa untuk anak ini. Tapi yang pasti kek dan jamuan adalah pasti sebagai tanda ingatan walaupun xjemput orang luar. Ahli keluarga sahaja.
Budak kepoh ibu dah besar ....

Si kakak Ammni bersama si Raudhah. Ahli kedua dalam generasi ketiga keluargaku. 
Chaiyoookkkkk!!!! untuk diri sendiri & semua ahli keluarga. Misi cari duit $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

JALAN-JALAN @ ICT, SHAH ALAM

Oleh sebab dah bercerita dalam entry yang lepas, so ini adalah cerita bergambarnya ...

get ready !!!! nak jengjalan, prepare anak2

Naiim & Atok ;
malamtu Naiim xde duduk dalam beg sandang, gilir2 dukung sbb abah ikut sama.

Cik De yang sangat2 TERUJA @ JAKUN sikitla

sangat2 cantik pemandangan lelampu yang berwarna-warni.
tak cukup bilangan ahli; biasanya kalau jalan2 mesti lagi MERIAH bilangannya.

me, cik de, atok & anak2

cantik kan? lampunya laaa.

my heart ; ammni solehah

action !!! nak jugak tiru aksi couple sebelumni bergambar...

teruja sesangat dapat naik...
benda alah ini !!!! RM 10 per body. melayang duitnya. 

KERJA GILERRRRRRRRRR

alkisahnya.. petang ini tetiba saja nak taip nama penyanyi yg diminati; dah lama xdengar citer. NURUL WAHAB.. sekali jumpa blognya. apa lagi; bila anak2 dan suami dah tidur.. layan baca entrynya dr mula sampai yg terbaru ... dah xde kerja. layan ajer sbb masih BERCUTI. klu time kerja jangan harap nak berjaga macm ni.

gambar lama sebenarnya. kebetulan pula minggu ini anak2 deman ...
Anak2 ibu deman minggu ini. mungkin sebab cuaca. semalam pengasuh @ mama budak2ni cerita budak2 rumahnya; aiman, k.mira (anaknya) dan baby Iman pun deman. tdpun dlm fb sue wati duk cerita tentang anak2nya si Batrisya dan Aniq yang juga deman. Deman juga menyebabkan ibu terpaksa cencel nak g jalan2 rumah cik teh kat JB. maybe lain lain. risau jugak. harini dah baik dan ok.. tetiba jalan2 jauh.. melarat lagi. lagipun anak2 jenis deman malam. 

Cuti sekolah; buat kali pertama lah sejak berkerja tetapni, tak balik kg. bukan apa. mak barujer datang sini sebab kes budak2ni deman campak (Raudah dan Ammni). datang tengok cucu siap bawa 'air tawar' + daun untuk mandi. hahahaha... nak jadikan cerita; bila nak balik kampung si kakak Ammni nak ikut. aku benarkan sebab adik (cik g) ada untuk tengok2kan. kalau nak harapkan tok mak dan atok; mungkin tidaklah sebab tok mak kerja; balik kerja penat. lagipun masatu duk fikir mungkin masa cuti nanti boleh balik dan ambil si kakak.

Habisjer seminggu di kampung; Ammni deman. mula merenget-renget nak balik KL. so minggu lepas hari Selasa Atok datang hantar. Jadi xjadi balikla aku dan cik de. bercutilah aku di KL. Life hanya duk rumah dan ulang alik rumah cik de di Selayang sepanjang keberadaan Atok di sini. Sebelum atok balik, sempat bawa atok jalan2 ke ICT kat Shah Alam. 1st time sampai. mak aiii!!! boleh tahan mahal tiket nak main2 permainan kat situ.

So, untuk tak hampakan Ammni; aku bawanya naik kereta pusing. itupun tiket RM10/man. naik 4 orang; melayang RM40 + parking . Hajat dihati nak datang lagi. simpan duit dulu sbb kali ni datang nak main salji. RM 35 tu masih ok klu seorg tp klu nak datang tempat macamni mesti nak beramai2. barulah happy dan meriah. so kosnya pun mesti meriah terutama bagiku yang berkeluarga MERIAH. nanti nak sewa alatan2 pun kena berbayar dengan RM jugak... huhuhu.

Gambar2 berICT ada dalam kamera. rasa malas pulak nak turun bawah. mungkin next entry baru postlah. only for pic. .... lama xmenulis. blog macam dairi. share apa dalam otak. just to be happy. syok sendiri. orang baca ok; xbacapun ok. apa sajalah .

Thursday 14 March 2013

Trip ke-2 @ FRIM

Trip bulan Februari. kali ini bersama cik alang dan anak2 sahaja. 

enjoy the pictures ....









Hobi baru ibu, kakak & adik

salam berblog...

Kali ini nak story tentang salah satu azam baru ibu; nak kurus!!! hahahaha. so berjanjilah ibu dengan diri sendiri sekurang-kurangnya 1 bulan tu mesti pergi "mendaki". 
yer!!! xcaya ker? 

matlamatnya simple jer .. 
1) nak kluarkan peluh
2) nak dedahkan anak2 dengan "kehijauan"; ibu love green

so, napa ibu pilih FRIM?
alasan yang paling mudah ; dekat dengan rumah. tak sampai 10 minit dah boleh sampai sana walaupun masuk kena bayar. alah xde mahal sangat. masih dalam "kemampuan" . 
RM2 per kepala, parking pula hanya rm1. tempatnyapun bagus. ada trek untuk joging & berbasikal. ada jambatan gantung "canopy walk" & yang paling penting ada sungai dan air terjun. sesuai untuk si kakak yang suka bermandi manda. kalau nak lebih jelas boleh layari http://www.frim.gov.my 

selama beberapa kali pergi FRIM; kakak ammni xpernah mis untuk bermain air di sana. kalau xpergi joging, ibu hanya bawa anak2 berkelah dan lepak2 bawah keredupan pokok.

trip bulan Januari 2013; bersama cik de (hadibah hanim) & anaknya (raudhah), cik g (haziqah) dan anak2 ibu (ammni & naiim). 


laluan untuk joging & berbasikal

laluan untuk ke "canopy walk" 5o meter 

chaiiiiyoookkk kakak ammni ... kalau kita tak yakin; kita tak kan menang.

rehat jap...




sukanya Naiim
pandangan dari puncak; kabus tebal. xnampak sangat 


smile ..... kakak ammni dah penat


finally dah sampai bawah ...
Alhamdulillah, sepanjang pendakian anak2 tidak buat perangai. mungkin jenis yang suka berjalan, tambahan pula berada atas dukungan ibu/umi. cuma penat sikit untuk menenangkan kakak, memberi harapan & dorongan supaya "kami" xperlu dukung dia. huhuhu.. xsanggup sebab 20 kilo.

sampai di sini untuk kali ini.. next post gambar trip ke-2 bersama cik alang (hasimah) lak. bye!!!!




Tuesday 12 March 2013

si kakak yg cemburu

Semalam bila post kisah si adik ; mlm ni tergerak pula nak share gambar2 terbaru anak dara ibu. panggilan dalam keluarga "kakak ammni". tp sangat2 cemburu orangnya. 
dengan si cilik Naiim pun dia cemburu. kalau ibu balik kerja; sampai rumah pengasuh tak tegur dia dulu, kiss dia .. mesti merajuk sampai petang dengan ibu. 
kalau baby Naiim nak susu; mesti siapkan untuk dia jugak. nak nyusu sama2 agar dapat duduk sebelah ibu jugak ..
ooo.. Nurul Ammni Solehah...
rindu ibu dan sunyi rumah bila "kakak" xde. sekarangni duk bercuti kt kg. 
haritu ikut tok mak balik terengganu.
  
ni dierrrr .... Nurul Ammni Solehah
antara kegilannya cik ammni ; xleh nampak public phone.. mesti nak tipon abahnya.


kentang putang adalah kegemaran cik ammni solehah. 

salah satu hobinya ialah melaram ; xleh nampak tudung cik alang. mesti nak pakai; siap dengan make-up 


cik ammni bila demam .. manja mengalahkan adik. ibu yang  poning

Bila dua-dua anak ibu demam .. ibu susah hati 
bersama sepupu ; nur jannatul raudhah .. kakak paling suka usik cik odah

mandi time ... cian adik; terpaksa share "kolam" mandi dgn kakak .. cemburu punya pasal.

kakak & adik ; buah hati ibu 


so sweeettttt!!!! 

ni antara hobi yang dikongsi bersama abah ; lepak kedai mamak ..
makan kegemaran; maggie sup.
paling ibu tak suka . xbagus utk kakak



dalam kereta ; nak jugak pegang adik 


kat R&R .. masani on the way nak g rumah cik teh kat Muar nak tengok Azfar

so... enjoy tengok anak-anak membesar depan mata.
harapnya mereka menjadi anak-anak ibu yang baik dan mendengar kata ...