Saturday 1 September 2012

Keajaiban dan kekuasaan Allah

Assalamualaikum...

Syukurnya Ya Allah; tanggal 20 Ogos bersamaan 2 Syawal tatkala semua org masih dalam mood raya; aku selamat melahirkan bayi ke-2 dan kali ini seperti yang dijangka oleh kami (aku, suami dan ammni; putri sulungku) tanpa scan canggih dr klinik ianya sah "baby boy". sukanya aku sbb kini anak dah sepasang. 

Hebatnya kuasa Allah. mengandung kali ini memang berbeza dari yang pertama. sbb itu naluriku kuat mengatakan kali ini adalah baby boy. putri cilikku pula sejak kami memberitahunya dalam perut "ibu" ada baby terus ajer cakap babynya "baby boy".

Hebatnya kuasa Allah. mengandung kali ini; rasanya hingga ke 5 bulan, aku masih mengalami alahan (loya). agak lama jugakla xmasuk dapur, so yg masak2 adalah hubbyku. klu rasa agak2 malas, kami makan kt luar. hidungku pula sepanjang mengandung selalu keluar darah. xboleh bersin langsung. mula2 risaula jugak tp bila dr. kata itu perubahan hormon; so layan ajerlah. sepanjang masa itu juga; balik ajer kerja mesti rasa nak melepek (baring) ajer. malas dan penat. 

Hebatnya kuasa Allah. suami cakap baby kali ini cepat keluar (seminggu awal) dr tarikh jangkaannya iaitu 28/8. cuma xtahu bila. so kami putuskan hanya putriku ammni yg beraya di kampung. pulang berpuasa masa cuti Nuzul Quran terusjer tinggal di sana. risau sbb nanti xde yg jaganya klu aku masuk hospital. kami beraya di kl sbb xnak berlaku apa2 kejadian yg tidak diingini dlm perjlnan pulang beraya. almaklumlah kl-trganu bukannya dekat. lgpun aku dah rasa tanda2 utk bersalin. 2 minggu yg akhir ini asyik muntah ajer hinggakan terpaksa tinggal pose 4 hari.  

Hebatnya kuasa Allah. lahirnya Muhammad Naiimfitri Alkhusyairie dengan sakit yang sendiri datang. ini berbeza dengan kakaknya. overdue 1 minggu. masuk ubat (3 kali ubat); 2 hari sakit + muntah + berdarah; barulah lahirnya Nurul Ammni Solehah. Kali ini .. mlm raya aku dah rasa sakit2 + keluar darah. Ohh!! lupa; kami (nenek, emak, aku dan adikku; hadibah) jenis yang muntah + keluar darah. tp masih boleh bertahan. sakit xkuat sgtla. lgpun aku xnak g hospital mlm raya; nanti xpasal2 beraya di sana. persediaan raya cukup ala kadar. hanya rendang daging yg kami masak. lemang ditempah saje. itupun 2 batang. baju raya; langsung xada. pakai yg lama. yg penting raya pertama masih dirai. mlmnya pula sempat pergi beraya rumah kakak ipar suami. hajatku kesampaian sbb dapat merasa "tapai pulut". nikmatnya tak terkira. k.long ada cakap "lepasni boleh bersalinla :)"

Hebatnya kuasa Allah. balik dr rumah k.long hampir2 pukul 11 mlm. aku mula sakit sampai xboleh berdiri; so suami putuskan utk ke hospital. sampai sana terus kena tahan sbb jln dah terbuka 3cm. mlmtu tido di wad; darah mula keluar tanpa henti. lbh kurang pukul 4 lbh; aku mula rasa sakit mcm nak "meneran". kol 5 lbh nurse check dan bgtau perlu standby ke bilik bersalin. dlm pukol 6.10-6.15 aku dibawa ke sana. 6.37am; putraku selamat dilahirkan. ajaibnya kuasa Allah. terasa mudah bersalin kali ini. klu yg pertama dulu; pukul 10 pg dibawa ke bilik bersalin dengan perut yg kosong sbb xblh mkn. mkn ajer muntah. 8.08mlm baru lahirnya cahaya hati. 1 jam sekali kena tunggu "jalan terbuka". memang terasa berbeza sbb disaat akhir dr. terpaksa vacuum baby kerana aku dah tak berdaya utk meneran. tp yg ajaibnya; masa mengandung aku langsung tiada masalah.

Hebatnya kuasa Allah. hari ini dah 13 hari usia bayiku. kesihatanku dan kesihatannya bertambah baik. moga tiada apa2 yang berlaku sepanjang proses pembesarannya nanti. Semoga besarnya putera-puteriku nanti bisa menjadi anak yg soleh dan solehah; dapat berbakti pada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. 
Aminnn ... Aminnn Ya Allah. 

bayiku yg ke-2; Muhammad Naiimfitri Alkhusyairie bin Mohd Zailani.
Masani usia Naiim dah 8 hari; kt kampung
Terpaksa pakai selimut warna pink sbb si kakaknya terlalu obses dengan warnatu.
Ammni mahu baby guna barangnya juga klu tidak merajuk panjang.

No comments:

Post a Comment