Monday 12 March 2012

lagi 1 bulan ....

Assalamualaikum....

Hari ini 12/3; lagi satu bulan genaplah usia putri sulungku 3 tahun. xsabar nak celebrate birthdaynya. xpayah buat besar2pun. bgnya cukup dgn sebiji kek. tahun lepas sambut bersama keluarga tp sambutan di awalkan kerana tuntutan si ibu yg sedang belajar. Rasanya tahun ini bolah plan buat meriah sikit kot... hehehe. 

gambar kenangan "birthday girl" tahun lepas ... 
 
seronok beli kek!!!

sambutan bersama tok mak, atok , cik g, cik teh, cik su dan pak cik di kampung

Ammni yg teruja utk memotong kek !!
Imbas kembali detik kelahirannya; Ammni lahir terlebih hari. Ibu kena masuk wad dan masuk ubat/air utk cepatkan proses kelahiran. sakitnya Allah sahaja yg tahu. bila diingat2 mcm serik nak "bersalin" lagi. masuk wad hari jumaat. pd sabtu masuk ubat; ingatkan sakit malamtu dah bersalin tp rupanya tak. just keluar darah. sepanjang hari pula langsung xblh makan. masuk makanan ajer; muntah. jadinya memang dah xada tenaga. hari ahad; doktor check, jalan br buka 2cm. masuk ubat lg tp pgtu dah tolak masuk wad bersalin sbb pendarahan yg tak henti2. bayangkan masuk dlm sana dah tak blh mkn apa2. masuk pukul 10pg. Ammni lahir pukul 8.08pm. lama duk dalam sana. itupun last2 terpaksa guna vacuum gak sikit sbb aku dah tak terdaya. doktor bimbang anak lemas sbb kepala keluar masuk bila di push2. Ammni dah keluarpun, jahitanku pula bermasalah. terpaksa jahit sekali lagi tanpa ubat bius. sakitnya bagai tak terkata. 

Ammni pada usia 2-3 hari di hospital.
Nurul Ammni Solehah

Si cilik kesayangan keluarga. almaklumlah cucu sulung!!!
seronok!! pertama kali naik flight. balik kampung nak jumpa tok mak & atok.
Mungkin Allah nak mengujiku; mengandungkan Ammni langsung xbermasalah. tiada alahan atau sakit ibu2 mengandung yang lain seperti kaki bengkak, kencing manis atau darah tinggi. Alhamdulillah; usia Ammni nak masuk 3 tahun ini, aku disahkan mengandung lagi. memang sesuai nak dapat adik. tp kali ini sangat-sangat berbeza. usia kandungan dah masuk 4 bulan tp masih lg alami alahan. xblh bau2 yg kurang enak; pasti loya. badanpun lemah ajer. masak-memasak dah lama xbuat. mujur hubby memahami dan sedia membantu. dialah yang jadi tukang masak sekarangni. 

Semoga detik-detik yang kurang enak ini cepat-cepat berlalu. Aku juga berharap kandunganku ini tidak mengalami apa2 masalah semasa proses kelahirannya nanti dan lahir dalam keadaan sempurna sifatnya. Aminnn.

No comments:

Post a Comment