Sunday, 23 October 2011

azamku

Cita-citaku untuk menjadi seorg guru akhirnya tercapai. setelah sekian lama dengan perjalanan yang penuh liku. 7 kali memohon dan menghadapi ujian MTEST... akhirnya dengan restu dr mak, abah & hubby segalanya menjadi mudah. benarlah kata org "bersusah susah dahulu, bersenang2 kemudian". mungkin pepatah ini tidak boleh digunakan lg memandangkan usiaku sebagai guru hanyalah baru 2 hari .. 

namun ....
seandainya di imbas kembali kenangan ... 7 kali permohonan dan pengalaman berjauhan dengan buah hatiku ammni solehah selama 1 tahun, terasa ianya sangat tepat. posting pertamaku di daerah Petaling Jaya. 30 minit berkereta. aku tak perlu lagi berpisah dengan insan2 tersayang. Jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan yg lain ... ya.. mungkin aku antara yg bertuah. k.linda di postingkan di Endau, Johor sedangkan anak & suaminya di Kelantan. begitu juga dengan k.shida jauh di Ampang meninggalkan sofia & daus di kampung. Pasangan praktikumku sendiri terpaksa kembali ke bumi Kenyalang... nun jauh di Kapit. 

Teman yg lain ... DD, Sha & Ameng bersama Chah di Sarawak namun tetap tidak bersama kerana daerah yg berlainan. Moga kalian tetap tabah menempuh pengalaman hidup di tempat orang. Hanya si Eva yang dpt negeri sendiri... dan yg lain; Liza di Melaka, Ct dan Ila di Klang ... walau apapun ... moga kita semua gigih mendidik anak bangsa. 

Walau di manapun tempatnya ... perjuangan tetap diteruskan kerana cabarannya tetap ada ; cuma keadaan mungkin berbeza. 

Buat diriku dan teman2 seperjuangan ... 

Biar Ku Menjadi Lilin 

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

No comments:

Post a Comment