Saturday 18 May 2013

Minggu-minggu akhir di bulan Mei

Diam tak diam dah nak habis bulan Mei. Alhamdulillah; perancangan "kewangan" berjalan lancar setakat ini walau ada sedikit yang terbabas. Yang pasti ; 2 kenderaan nadi penggerak dapat di"hidupkan" untuk kelangsungan perjalanan & urusan di atas dunia. 

2-3 minggu ini cuaca di KL sangat2 panas. anak2 deman + batuk + selsema. Alhamdulillah deman tak berlarutan; namun si kakak masih ada saki baki batuk + selsema. mungkin sebab malas makan ubat. adik Naiim pulak; mingguni batuk mula berkurang. tetapi semlm adalah antara hari yang mendebarkan ibu. 

Cerita bermula petang Jumaat dlm pukul 6; Naiim bgn dr tidur dan tetiba muntah; muntah yg byk. hbs kluar isi mknan yg dimkn rumah "mama". Masatu duk fikir ... maybe sakit perut & makanan xsempat hadam sbb td masa ambil dr rumah "mama"; mama ckp dia makan banyak. jadi ; lap, mandi & nyusukan dia. lepas nyusu ; muntah lagi. kalini kluar susu ajer. dlm hati dah mula risau. tunggu abah balik; g makan . kat kedai muntah lg. balik rumah, salin baju , sapu ubat .. tidur. 

mlm dlm pukul 3 lebih ; naiim muntah lg. dah lembik. kalini banyak. semuanya susu sbb dia memang kuat minum susu. xboleh "tertanggal dr puting" walaupun sedang tidur... mesti tanggal masa dia dah betul2 nyenyak. so atas katil muntah lg; pindah katil bilik sebelah .. dlm pukul 5 ... muntah lg .. pukul 7 lebih muntah lg .. last dalam kol 8.30 pg muntah tp kali ni xkuar susu; kluar lendir2 kuning ..

pergi klinik doktor check ; masih angin ; perut kembung sbb maybe kerap menyusu & pam angin sekali + baby masa batuk berkahak dia akan telan kahaktu; xpandai buang .. ini salah satu cara dia buang kahak selain dr "membuang"...  Alhamdulillah ; balik dr klinik sampai petangni xde lg muntah2. 

Hero hati ibu .. 

Sepanjang Naiim sakit; ada 2 perkara yg ibu risau ...
1) takut2 ada bahagian dalam badan yg sakit ; susah nak jangka sbb bayi 
2) takut2 Naiim tertelan sesuatu sbb dia ni jenis "mengutip "

Fuhhh .. lg seminggu bersekolah sblm cuti panjang ; Naiim boleh balas dendam bermanja dengan ibu. Cutini yang pasti balik kg sibuk sedikit sbb cik alang nak kahwin. Harap2 semuanya berjalan lancar. Minggu sebelum cuti masih ada tugasan untuk ibu .. menanda kertas , urusan buku teks + bilik BOSS (SPBT) .ada org nak datang pantau . 


No comments:

Post a Comment