Kejapjer masa berlalu. Seminggu cuti rasa sekejapjer. Esok dah hari Ahad. huhuhuhu; Isnin dah buka sekolah. Bermakna dah 1/4/2013, bulan ke-4 tahun 2013. Lepasni tiada lagi cuti panjang. Ada tidaknya ialah pada akhir bulan 5. Bulan paling sibuk buat kami sekeluarga.
Berkaitan dengan tajuk "kumpul duit"; aku memang sedang berusaha ke arah itu. Memanglah semua orang suka duit dan ingin duit banyak. Siapa yang tak mahu lebih2 lagi zaman sekarang semua orang perlu pakai duit.
Duit! duit! duit!
Syukur alhamdulillah. Suamiku dah mula kerja dalam konteks yang sebenarnya. Lama jugak dia bercuti dan hanya buat part-time job. So, incomepun part-time ajerla. Perit jugak bila aku yang terpaksa menanggung hampir kesemua kos hidup bekerluarga. Sekarangni aku selalu beringat2 padanya bahawa dia dah xboleh ambil cuti lagi. Kena kumpul balik duit yang dah habis banyak ... huhuhu.
Soalnya kenapa sekarang perlu sangat kepada duit itu?
1) Cik Alang (Hasimah binti Ali); adik yang no. 5 nak berkenduri pada 1/6/2013. Jadinya mengumpul duit untuk dihulur padanya atau pada mak abah. Adab hidup bekerluarga; susah senang bersama. Lagipun mak abah bukan orang senang.
Ni dia ; Cik Hasimah binti Ali ... ooo April ni besdaynya . berkongsi bulan dengan Nur ul Ammni Solehah & Nur Jannatul Raudhah |
Kenangan bersama tunangnya di Hari Pertunangan. En. Hisyam Basabah. |
3) Hahaha... yang ini risiko kalau berkenderaan. Kedua2 harta pinjaman Allah kepadaku ini akan tamat tempohnya insurans dan road taxnya pada bulan 5. Nak tak hendak kenalah renew sebelum tarikh balik kampung. Apatah lagi salah satunya adalah kenderaan yang aku gunakan untuk ke tempat kerja. So... mesti! Duit lagi... huhuhuhu,
4) April it's coming. So bulan kelahiran putriku Nurul Ammni Solehah. Juga berkongsi bulan dengan cik alangnya dan Raudhah. Kena standby hadiah ler. Aku belum bincang dengan suami nak beli apa untuk anak ini. Tapi yang pasti kek dan jamuan adalah pasti sebagai tanda ingatan walaupun xjemput orang luar. Ahli keluarga sahaja.
Budak kepoh ibu dah besar .... |
Si kakak Ammni bersama si Raudhah. Ahli kedua dalam generasi ketiga keluargaku. |