Tuesday, 13 March 2012

hari ke4 percutianku

Assalamualaikum ....

mmmm.. oleh sbb cuti, byk masa rileks; so blhlah berblog. just share apa yg dibuat sehari-harian. pagi td dah hbskan satu kelas buku kerja budak2. ada lg 2 kelas. bersantai2 ajer sbb cuti ada lg. hrni ada mood nak ngemas & masak. badanpun dah ok. xada loya2 lg. tp masak yg simple2 ajer dulu. ikan singgang+bendi, ikan goreng, telur dadar & sambal tempoyak. cukuplah kot utk santapan ahli keluarga.

petangni lepas hbs tgk citer Bella; nak ajar hubby g carrefour beli rak utk letak buku2. selamani barang2tu tersimpan dlm kotak. sejak balik dr Sarawak, semuanya masih dlm kotak. 2-3 mingguni br perasan yang tikus selalu ajer lalu2 areatu. maybe dah buat sarang dlm kotak2tu. risau jugaklah kalau semuanya terlambat. buka ajer; dah musnah dilanyakk tikus.

masalah tikus bukan berlaku kt rumahni ajer. rasanya semua rumah kt taman ini mengalami masalah yg sama. gerampun ada gak. hrtu dah pasang getah tikus. sekali kena; boleh tahan gaklah. hilang kejap. skrg ada balik. mungkin nak kena buat lagi. 





Monday, 12 March 2012

lagi 1 bulan ....

Assalamualaikum....

Hari ini 12/3; lagi satu bulan genaplah usia putri sulungku 3 tahun. xsabar nak celebrate birthdaynya. xpayah buat besar2pun. bgnya cukup dgn sebiji kek. tahun lepas sambut bersama keluarga tp sambutan di awalkan kerana tuntutan si ibu yg sedang belajar. Rasanya tahun ini bolah plan buat meriah sikit kot... hehehe. 

gambar kenangan "birthday girl" tahun lepas ... 
 
seronok beli kek!!!

sambutan bersama tok mak, atok , cik g, cik teh, cik su dan pak cik di kampung

Ammni yg teruja utk memotong kek !!
Imbas kembali detik kelahirannya; Ammni lahir terlebih hari. Ibu kena masuk wad dan masuk ubat/air utk cepatkan proses kelahiran. sakitnya Allah sahaja yg tahu. bila diingat2 mcm serik nak "bersalin" lagi. masuk wad hari jumaat. pd sabtu masuk ubat; ingatkan sakit malamtu dah bersalin tp rupanya tak. just keluar darah. sepanjang hari pula langsung xblh makan. masuk makanan ajer; muntah. jadinya memang dah xada tenaga. hari ahad; doktor check, jalan br buka 2cm. masuk ubat lg tp pgtu dah tolak masuk wad bersalin sbb pendarahan yg tak henti2. bayangkan masuk dlm sana dah tak blh mkn apa2. masuk pukul 10pg. Ammni lahir pukul 8.08pm. lama duk dalam sana. itupun last2 terpaksa guna vacuum gak sikit sbb aku dah tak terdaya. doktor bimbang anak lemas sbb kepala keluar masuk bila di push2. Ammni dah keluarpun, jahitanku pula bermasalah. terpaksa jahit sekali lagi tanpa ubat bius. sakitnya bagai tak terkata. 

Ammni pada usia 2-3 hari di hospital.
Nurul Ammni Solehah

Si cilik kesayangan keluarga. almaklumlah cucu sulung!!!
seronok!! pertama kali naik flight. balik kampung nak jumpa tok mak & atok.
Mungkin Allah nak mengujiku; mengandungkan Ammni langsung xbermasalah. tiada alahan atau sakit ibu2 mengandung yang lain seperti kaki bengkak, kencing manis atau darah tinggi. Alhamdulillah; usia Ammni nak masuk 3 tahun ini, aku disahkan mengandung lagi. memang sesuai nak dapat adik. tp kali ini sangat-sangat berbeza. usia kandungan dah masuk 4 bulan tp masih lg alami alahan. xblh bau2 yg kurang enak; pasti loya. badanpun lemah ajer. masak-memasak dah lama xbuat. mujur hubby memahami dan sedia membantu. dialah yang jadi tukang masak sekarangni. 

Semoga detik-detik yang kurang enak ini cepat-cepat berlalu. Aku juga berharap kandunganku ini tidak mengalami apa2 masalah semasa proses kelahirannya nanti dan lahir dalam keadaan sempurna sifatnya. Aminnn.

Sunday, 11 March 2012

hari kedua percutian

Assalamualaikum.....

coretan ibu utk hrni ... kain baju akhirnya habis dilipat semalam. puas hati tengok rumah dah clear. pagini pulak menanda buku2 kerja anak didik. tp sebenarnya masih byk yg belum bertanda ... huhuhuhu. 

ni buku kerja PSK. tp yg ini xde masalah nak menanda. maybe mlm ini blh siap sbb jawapan dah ada.

buku2 ini yg bermasalah untuk ditanda. buku kerja BM. banyak kena buat pembetulan sbb nak semak ayat (karangan). sebuah bukupun ambil masa yg lama. huhuhuhu.

tp malas dan rajin mcm mana sekalipun; memang inilah sebahagian daripada tugas sebagai seorg pendidik. layan ajerlahhhh ....

Saturday, 10 March 2012

cuti sekolah bermula

   
Assalamualaikum... 
lama tersangat lama nak share sesuatu dlm blog ibu .... banyak ceritani..
mmmmm. cuti sekolah seminggu. masa utk merehatkan minda dan tenaga. tp xjugak kot..
 
 hari pertama bercuti. tp terlalu banyak perkara yg hendak ibu lakukan.
 dlm bonet kereta penuh dgn buku2 yg hendak ditanda, rumah perlu ibu  kemas, baju kain yg berbakul2. itulah yg hendak dibasuh dan dilipat. 
nampaknya cuti seminggu penuh dgn aktiviti dalaman. 
ibu memang xplan nak g mana2pun. ongkospun kurang... huhuhuhu.

hari dah 10/3; maknanya dah hampir 2 bulan hubby ibu xkerja. hrtu berhenti kerja tempat lama sbb xtahan 
dengan big boss yg byk cakap. ibu ok ajer sbb memang tahu hubby dah lama bersabar.
cuma dulu masa yg xmengizinkan memandangkan ibu masih blajar dan kemudiannya dpt postingpun agak lambat. mula2 hubby duk rumah.. ibu agak "angin" jugak. mungkin jugak sbb berbadan dua. mood memang xstabil sgt. adajer benda yg xkena.
mana taknyer... balik kerja . PENAT! tgh rumah BERSEPAH. geramlah. tp masuk minggu ke-2; keadaan dah jd ok sikit. hubby mula masak utk lunch dan kemas sikit2 ala dialah. tp oklah sikit.

ada lg hal yg ibu geram. kali ini tentang anak bujang si Nashriq. sampai sekarang masih tidak bekerja. 
adalah minta2 kerja. masalahnya memilih gaji yang mahal dan ikut kawan. suruh sambung blajar dah tak nak. 
tak tahu apa nak jadi. ibu dah malas nak tegur. abahnyapun @ hubby ibupun tidak bertegas sgt dgn anak2. 
klu dpt kerja; pergilah 2-3 hari, xpun 2-3 minggu (paling lama bertahanpun) ; lepastu adajer alasan "motor rosak, kwn xdtg, ketuanya bising2 sedangkan dia xde salah apa2".. tp ibu dah tau ; memang jenis diani xblh org tegur. tp klu sikapni yg xdiubah... nampak gayanya xkemana-manalah...

mmm.. siputri kecil ibu; hrni badan panas2. risau sbb skrgni musim denggi. apapun blh jadi. 
abahnya br baik deman. hrtu ammni dpt deman mlm. siang hr ok. tp bila mlm badan panas sehingga suhu 39'C. 2 minggu lepas lak... muntah2. terpaksa bg zental sbb risau kot kena cacing .. maybe perut masuk angin jugaklah. tp siangtu mcm ok ajer. mkn nasi dll.

hobi terbaru putriku .. ngadap laptop. klu dulu upin ipin dan lagu kana2. tp skrg dah pandai minta tom & jerry dan larva. takpun lagu2 ..
masa deman haritu... cian sungguh tgk. xbermaya langsung.
last2 week gak, ibu bawa ammni g tgk wayang. tp citer adnan sempit. dia happy sangat tp biasalah budak2 cepan boring. maybe sbb bukan citer dia. 2 kali gak ar kluar g tandas.. ibu plan minggu ni nak bawak ammni g tgk seefood. citerni citer dia .... 


tunggu citer ni main lak... mesti ammni suka. i like muik..muik.. nyanyinyer


ok.. ibu berhenti sini dulu. ammni dah meragam.demanlah katakan ...